Sabtu, 6 Ogos 2011

siapa yang lebih hebat???

Kehebatan manusia takkan kekal selamanya. Hebat manusia hanyalah pada nama. Inginkan diri selalu dipuji agar sentiasa dikenali dan dipandang tinggi oleh orang lain. Hebatkah manusia??? Insan biasa yang hanya tahu menumpang kasih di bumi Allah!!! Hebatkah manusia jika mereka selalu memandang rendah kepada orang lain? Hebatkah manusia yang sentiasa berputus asa apabila tidak mendapat apa yang diingini tanpa usaha yang gigih, sentiasa mengharapkan pertolongan yang mereka berikan dipuji, dibalas dan disanjung. Apa yang ada dalam diri manusia yang menunjukkan diri mereka hebat??? Tanpa bantuan dari Allah, mereka hanyalah insan-insan kerdil yang tidak mempunyai apa-apa kehebatan. Tidak ada apa-apa yang perlu diagungkan oleh manusia. Kehidupan mereka sentiasa diuji dan hanya mereka yang betul-betul hebat sahaja dapat mengatasi semua ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan