Isnin, 14 Mei 2012

sahabat

sahabat...
seorang sahabat akan sentiasa menjaga hati sahabatnya dikala susah atau senang...
seorang sahabat juga akan belajar untuk membuatkan kawannya bahagia tidak kira masa atau tempat...
seorang sahabat juga akan sentiasa membuat sesuatu keputusan dengan memikirkan sahabatnya...
tapi,
apa nilai sahabat jika hanya seorang sahaja yang bertolak ansur?
apa nilai sahabat jika hati seorang sahabat yang menjaga hati sabahatnya hancur?
apa nilai sahabat jika hanya sekadar menjadi sahabat pada waktu susah sahaja?
apa nilai sabahat jika membuatkan hati orang lain terluka!!!
pentingnya seorang sahabat tapi jika sekadar untuk melukakan hati sahabat yang lain, tidak ada gunanya...
jika sekadar untuk meluahkan nukilan hati pada waktu susah baik tidak perlu bersahabat...
seorang sahabat lebih berguna dari seorang kekasih tapi jika sekadar untuk menyakitkan hati sahabat itu sendiri, fikir 1000 x untuk hidup dalam bersabahat... pandai-pandailah menjaga hati sahabat yang lain...

Sabtu, 3 Disember 2011

Malunya aku

Kalau kita sukakan seseorang,
jangan beritahu si dia.

Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya.
Tapi luahkanlah pada Allah,
...
beritahu Allah.Allah Maha Tahu jodoh kita siapa.
Cintai dia dalam diam.
Dari kejauhan disulami kesederhanaan dan keikhlasan.

“Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran Allah"

(C&P)
Ya Allah, malunya aku dengan ayat ni... kenapa la aku tergesa-gesa sangat.... kan dah dapat peringatan...
Alhamdulillah...aku masih mampu bertahan...

Alhamdulillah

Syukur padaMu Ya Allah...aku semakin tenang kini...
Ampunkan segala dosaku Ya Allah...
Kurniakan padaku ketenangan yang abadi buat selama-lamanya...
Aku berserah padaMu Ya Allah...
:)))))))))))

Sabtu, 12 November 2011

surat untuk bakal suamiku

Assalamualaikum bakal suamiku...
Semoga kamu sihat sejahtera dan berada dalam lindungan Allah s.w.t...
Utusan surat ini adalah dari rasa hatiku untukmu...

Bakal suamiku...
Aku sangat mencintaimu, InsyaAllah...
Aku akan menjaga hatiku, pakaianku, perbuatanku dan semua yang haram dari mereka yang bukan mahramku...
Berkatilah hidupku, Ya Allah...

Ya Allah...
Rahmatikanlah bakal suamiku walau di mana dia berada...
Sentiasa dekatkan hatinya kepada-Mu dalam meniti liku-liku kehidupan...
Jangan Engkau palingkan hatinya dari mengingati-Mu...
Berkatilah hidupnya sebagaimana Engkau memberkati hidup umat-Mu...

Ya Allah... Ya Rahman... Ya Rahim...
Permudahkanlah aku untuk bertemu dengan seseorang, yang kelak akan menjadi iman dalam keluargaku...
Dekatkanlah dia padaku jika dia berada jauh dariku...
Berikanlah aku kemudahan untuk bertemu dengannya...
Dikala aku gembira, dia akan menjauhiku...
tetapi
Dikala aku keresahan, dia memunculkan dirinya agar aku dapat mengadu padanya...
Dia dapat menenteramkanku tapi dia akan menjauhkan diri dariku apabila aku gembira...
Tunjukkanlah aku Ya Allah, apakah maksud dari semua kejadian ini, apakah dia seseorang yang Kau kirimkan untukku atau bukan???
Semoga Kau memberi petunjuk...
Amin Ya Robbal alamin...

Isnin, 8 Ogos 2011

Jangan menyalahkan diri bertemu orang yang salah


  • Memang Tuhan sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat menjadi penilai yang baik.
  • Memang Tuhan sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar kita hanya makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan Allah.



  • Memang Tuhan sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat kasih sayang yang terbaik, khas untuk diri kita.
  • Memang Tuhan sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar Allah maha pemurah dan penyayang kerana mengingatkan kita dia bukanlah pilihan yang hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa hadapan.
  • Memang Tuhan sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.
  • Memang Tuhan sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita jadi manusia yang hebat jiwangnya.
  • Memang Tuhan sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita lebih faham cinta yang terbaik hanya ada bersama Allah.
  • Memang Tuhan sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita lebih mengenali kehidupan yang tak selamanya kekal.

Ahad, 7 Ogos 2011

Mawar berduri

Duhai wanita..
Renunglah pada keindahan bunga mawar yang unggul terjaga berpagarkan duri sebagai bentengnya. Dari kejauhan keharumannya mencuri perhatian. Kilauan warnanya yang memancar indah menjadi daya tarikan. Namun,lantaran pagaran duri yang berbisa itu, sang kumbang tertunduk kagum pada keindahan yang terjaga hingga ia berfikir beberapa kali sebelum mendekatinya.

Bentengilah kubu dirimu dengan perasaan malu yang bertunjangkan rasa keimanan dan keindahan taqwa kepada Allah. Hiasilah wajahmu dengan titisan wudhuk. Ingatlah bahawa ciri-ciri seorang wanita solehah ialah dia tidak melihat kepada lelaki dan lelaki tidak melihat kepadanya.

Sabtu, 6 Ogos 2011

siapa yang lebih hebat???

Kehebatan manusia takkan kekal selamanya. Hebat manusia hanyalah pada nama. Inginkan diri selalu dipuji agar sentiasa dikenali dan dipandang tinggi oleh orang lain. Hebatkah manusia??? Insan biasa yang hanya tahu menumpang kasih di bumi Allah!!! Hebatkah manusia jika mereka selalu memandang rendah kepada orang lain? Hebatkah manusia yang sentiasa berputus asa apabila tidak mendapat apa yang diingini tanpa usaha yang gigih, sentiasa mengharapkan pertolongan yang mereka berikan dipuji, dibalas dan disanjung. Apa yang ada dalam diri manusia yang menunjukkan diri mereka hebat??? Tanpa bantuan dari Allah, mereka hanyalah insan-insan kerdil yang tidak mempunyai apa-apa kehebatan. Tidak ada apa-apa yang perlu diagungkan oleh manusia. Kehidupan mereka sentiasa diuji dan hanya mereka yang betul-betul hebat sahaja dapat mengatasi semua ini.