Ahad, 7 Ogos 2011

Mawar berduri

Duhai wanita..
Renunglah pada keindahan bunga mawar yang unggul terjaga berpagarkan duri sebagai bentengnya. Dari kejauhan keharumannya mencuri perhatian. Kilauan warnanya yang memancar indah menjadi daya tarikan. Namun,lantaran pagaran duri yang berbisa itu, sang kumbang tertunduk kagum pada keindahan yang terjaga hingga ia berfikir beberapa kali sebelum mendekatinya.

Bentengilah kubu dirimu dengan perasaan malu yang bertunjangkan rasa keimanan dan keindahan taqwa kepada Allah. Hiasilah wajahmu dengan titisan wudhuk. Ingatlah bahawa ciri-ciri seorang wanita solehah ialah dia tidak melihat kepada lelaki dan lelaki tidak melihat kepadanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan